Saturday, March 7, 2009

Penentang PPSMI dihujani gas pemedih mata

(Malaysia Kini) kemaskini 3.54pm Gerakan aktivis bahasa menentang dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) mencipta sejarah hari ini apabila turun ke jalan raya, mengulang peristiwa perarakan Keranda 152 beberapa dekad lalu.

Peristiwa bersejarah pada 3 Mac 1967 itu bagi membantah Rang Undang-undang Bahasa Kebangsaan di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), dulu dijadikan lokasi kegiatan sasterawan dan intelektual Melayu. Nombor '152' merujuk Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh aspek bahasa Melayu.

Kira-kira 2,000 orang yang berarak dari Masjid Negara selepas jam 2 petang bagaimanapun dihujani serangan gas pemedih mata daripada polis di Kampung Attap, tidak jauh dari Istana Negara.

Perhimpunan itu, yang asalnya dibenarkan oleh polis di masjid tersebut, melanggar larangan polis yang tidak membenarkan sebarang perarakan.

Mereka berhasrat membawa memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memohon campur tangan baginda dalam pemansuhan dasar kontroversi itu.


(Klik di sini untuk membaca seluruh artikel ini)

Sudah sangat lama saya tidak menggunakan Bahasa Melayu selepas saya mula berkerja. Walaupun Bahasa Melayu saya sudah berkarat, saya akan tetap akan mencuba menulis catatan saya dalam Bahasa Melayu pada hari ini. Apakah tujuan saya? Anda akan faham selepas membaca catatan seterusnya. Adakah menulis catatan dalam Bahasa Inggeris pada hari-hari lain mengurangkan kesetiaan saya kepada negara tercinta ini Malaysia? Adakah menulis dalam Bahasa Melayu bermakna saya menderhaka bangsa saya sendiri, bangsa Cina??? Apakah penggunaan Bahasa Inggeris pada hari hari lain melumpuhkan keupayaan saya berkomunikasi dalam Bahasa Melayu? Perlukan kita mengadakan perarakan untuk memberitahu seluruh dunia kita menentang kerana kelemahan kita tidak dapat menguasai Bahasa Inggeris?

Kita perlu sedar bahawa bursa Malaysia sebelum 8 Mac 2008 mempunyai premium yang lebih tinggi, anggaran saya lebih kurang 20% premium berbanding dengan pasaran lain. Pelabur asing membayar premium ini kerana kestabilan politik and socio-ekonomi Malaysia. Apa yang berlaku sekarang ini amat merunsingkan pelabur tempatan and asing. Kalaulah pihak pemerintah(kerajaan) and pembangkang tidak mengamalkan pemikiran rasional untuk menyelesaikan isu-isu, kemorosotan quality pengurusan negara pasti akan menjatuhkan negara kita sendiri.

Saya amat bimbang pada suatu nanti pelabur - pelabur enggan melabur di Malaysia walaupun P/E dinilai dengan amat murah PE 5 - 7 X sahaja. Bukankan kita memusnahkan kemakmuran ekonomi kita sendiri ? Dari PE 15 X ke PE 5 - 7 pada masa akan datang? Apakah kita mahu menjadikan Malaysia yang disanjungi dalam arena antarabangsa pada suatu masa dahulu digolongkan sama seperti Filipina atau Thailand? Apakah maksud say? Sebelum 2008, pelabur-pelabur sanggup membayar RM 15 untuk setiap RM 1 keuntungan per saham, kemerosotan Malaysia akan menyebabkan pelabur sanggup bayar mungkin dalam lingkungan RM 5 - RM 7 untuk setiap RM 1 keuntungan per saham. Ini bermakna, kita memusnahkna nilai kita sebanyak 53 - 67%!!!! Kita perlu faham implikasi ini.

Kalaulah Pelabur Kura-Kura boleh menguasai Bahasa Malaysia and Bahasa Inggeris, bukankan setiap anak Malaysia mempunyai keupayaan yang sama?

(To international readers, today is a special day I made an entry in Malay language to make some points. I will resume with English in the next entry)

No comments: